masuk angin | a. sakit kerana kesejukan (perut kembung dll). b. tidak garing kerana sudah lama terdedah (bkn biskut, kuih dll); lemau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masuk angin | sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemau | 1 tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alas perut | a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lemau | 1. tidak rancak (bunyi-bunyian); 2. tidak garing, lembik (spt biskut yg masuk angin dll); 3. lemah urat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat angin | ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesejukan | 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembung I | 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerik | 1. mengikis (mengeruk, menggaruk) dgn benda tajam (spt pisau dsb), menghilangkan sesuatu (spt tulisan dakwat, cat, dll) dgn mengikisnya (dgn pisau dll); 2. Jk menggosok-gosok (bahagian tubuh yg sakit kerana kesejukan atau masuk angin) dgn wang sen dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alas | sesuatu spt kain, kertas yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1 meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2 mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |