melubang | membuat lubang; menggerek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melubang | membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lubang | 1 liang: ~ jarum. 2 rongga: ~ hidung. 3 lekuk di tanah dll: Penyu bertelur di dlm ~ yg digalinya sendiri. ~ angin lubang pd dinding dll utk angin keluar masuk. ~ butang lubang pd pakaian tempat memasukkan butang. ~ mata rongga mata. melubang membuat lubang; menggerek. melubangi membuat atau menebuk lubang pd sesuatu: Ia ~ pintu itu supaya mudah memasang kunci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lubang | 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg bertakung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berlubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |