Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ra.hi] | ممڤرهي

Definisi : marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ra.hi] | ممڤرهي

Definisi : melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengatai1. mengeluar­kan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, me­nuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. men­cakapkan (utk atau sbg melahirkan pandang­an dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengata-ngatai1. mengeluar­kan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, me­nuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. men­cakapkan (utk atau sbg melahirkan pandang­an dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memarahimelarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memarahimarah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
omel /omél/, mengomelmengeluarkan kata-kata yg berleret-leret (kerana memarahi seseorang dll); berleter; mencomel. mengomeli memarahi seseorang dgn mengeluarkan kata-kata yg meleret-leret; meleteri; mencomeli: Ibu itu sedang ~ anak lelakinya yg sering ponteng sekolah. omelan kata-kata yg diucapkan ketika mengomel; leteran.Kamus Pelajar
omel/omél/; mengomel mengeluar­kan kata-kata yg berleret-leret (kerana memarahi seseorang dll); berleter; men­comel. mengomeli memarahi seseorang dgn mengeluarkan kata-kata yg meleret-leret; meleteri; mencomeli: Ibu itu sedang ~ anak lelakinya yg sering ponteng sekolah. omelan kata-kata yg diucapkan ketika mengomel; leteran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sergahkata-kata atau suara yg kuat utk memeranjatkan (memarahi dll) orang. menyergah mengeluarkan kata-kata atau suara yg kuat utk memeranjatkan (memarahi dll) orang; mengejutkan dll orang dgn bersuara keras: Pak Man telah ~ budak-budak yg mencuri rambutannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
makikata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg tidak berperikemanusiaan; ~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll); memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya; makian kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
omel(omél); mengomel marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter, mencomel, meng­gerutu: jika aku mandi lebih drpd lima ga­yung, induk semangku akan ~ panjang; mengomeli memarahi, memberangi, meng­gusari; mengomeli memarahi, memberangi, meng­gusari; mengomelkan mengomel tentang: sekali-sekala terdengar isterinya ~ hawa panas; omelan gerutu, comelan, leteran, sungutan; pengomel orang yg suka mengomel, peleterKamus Dewan Edisi Keempat
leter(létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untung­nya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), me­ngomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas