tentu | 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ketentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal menentukan. penentu sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengundi | 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Per-satuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sah betul(verify) | 1. Menentukan sama ada proses atau pengendalian sudah dilakukan seperti yang dirancangkan. 2. Memastikan sama ada pengguna yang memohon menggunakan sistem benar-benar pengguna yang sah. 3. Menentukan kesahihan maklumat, rekod, atau data yang diterima. | Kamus Komputer |
menetapkan | 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menala | 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjangka | 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjadualkan | 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membatasi | 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menimbang | 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menala | 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; | Kamus Dewan Edisi Keempat |