mentafsirkan | 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; menghuraikan; menjelaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjelaskan | 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengertikan | 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegaskan | 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentafsirkan | 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjelaskan | 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk sementara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), menghabiskan, membereskan: dia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~ harga motokar itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuluh | 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dari | 1. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterangan | 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; penjelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tafsir | 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; menghuraikan; menjelaskan. pentafsiran perihal (perbuatan dll) mentafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |