mengehadkan | menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengehadkan | 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengehadkan | menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan:Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. | Kamus Pelajar |
catu | bahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu(kan), pembahagian catu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencatu | 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentaksiskan | membatasi, mengehadkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerenggankan | 1. mengehadkan, membataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengehadan | perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdiet | berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencatu | 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |