mengejikan | menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendayus | menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperyahudikan | ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencemarkan | 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menodai | 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayus | hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki ~ sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal; mendayus menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca; kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencemarkan | 1. menyebabkan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2. ki memburukkan (ttg nama); mengejikan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. | Kamus Pelajar |
menghinakan | 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghina | , menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yahudi | = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |