menghelah | menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghelah | memperdaya, mengakali, menipu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghelah | menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar |
helah | (hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~; berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih; menghelah memperdaya, mengakali, menipu; menghelahkan 1. mendalihkan: bahawasanya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengorbankan nama baiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
helah | /hélah/ 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1 menggunakan helah (tipu daya). 2 berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
helah | /hélah/ 1. perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2. alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya). 2. berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar |