menjernihkan | menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjernihkan | menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. | Kamus Pelajar |
mengheningkan cipta | berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengheningkan | 1 menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengheningkan | 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengheningkan | 1. menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan:~ minyak yg kotor. 2. menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. | Kamus Pelajar |
membeningkan | 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yoga | 1. sistem falsafah Hindu yg bertujuan menyatukan diri dgn Tuhan dgn mengheningkan fikiran (spt dgn bertafakur, dsb) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran; 2. = senaman ~ berbagai-bagai cara utk mengheningkan (menenangkan) fikiran, spt dgn bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yg bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yg sihat; beryoga melakukan (senaman) yoga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bening | 1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jernih | 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |