menyelerakan | menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyelerakan | memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamuan | 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyah I | leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selera | /seléra/ 1 kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jamu I | ; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali; menjamu, menjamui, memperjamu memberi makan dan minum kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minuman teh dan kopi; ~ mata ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamerkan dll); ~ selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan yg dihidangkan; jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; ~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~ besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidangkan; ~ teh majlis yg menyajikan teh, minuman, dan makanan ringan lain; perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); penjamuan perbuatan menjamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selera I | (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |