menyenget | menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenget | menjadi senget. | Kamus Pelajar |
senget /séngét/ | menyenget menjadi senget. | Kamus Pelajar |
memiringkan | menjadikan (meletakkan, membuat) miring, mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengimbal | 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senget | (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbal I | 1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~; mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb); pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb; pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miring | 1 rendah sebelah; tidak datar. 2 tidak tegak; condong: Tulisannya ~ ke kanan. 3 senget sebelah (bkn perahu, kapal dll). 4 = otak ~ agak gila; kurang siuman. 5 berat sebelah (bkn hukuman); tidak adil. memiringkan meletakkan miring; mencondongkan; menyenget | Kamus Pelajar |
miring | 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali; memiringkan menjadikan (meletakkan, membuat) miring, mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |