menyesuaikan | menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesuaikan | menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesuaikan | menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. | Kamus Pelajar |
buli | I perbuatan mempermainkan, mendera dsb seseorang utk mendapatkan keseronokan, supaya orang tsb dpt menyesuaikan diri dgn suasana yg baru dsb. membuli mempermainkan, mendera dsb seseorang dgn tujuan utk mendapatkan keseronokan, supaya orang tsb dpt menyesuaikan diri dgn suasana yg baru dsb: Mereka dilarang ~ pelajar-pelajar baru. pembuli orang yg membuli: ~ itu telah diberi amaran oleh Guru Besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laras I | 1 bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2 kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beradaptasi | menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengorientasikan | menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalaysiakan | menyesuaikan atau menjadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan bersesuaian dgn suasana tempatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suai kenal | menyesuaikan diri (dgn sesuatu keadaan yg baru) serta berkenal-kenalan dgn rakan sejawat dll, orientasi: minggu ~ kenal sudah menjadi program tradisi yg diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencocokkan | 1. menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dll); 2. membandingkan dll utk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dll); 3. memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |