merabunkan | menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merabunkan | membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabun I | asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabun II | kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka; ~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua; berabun-rabun bermain tutup mata; merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |