merisaukan | 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merisaukan | 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyahkan | menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risauan | sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
risauan | sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risau | , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merunsingkan | menjadikan runsing, menyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyemakkan | 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengusutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyekang mata | ki menyakitkan (tidak menyenangkan, merisaukan) hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membimbangkan | menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |