meruncing | 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meruncing | 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meruncing | 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). | Kamus Pelajar |
tanjak I | 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluncungkan | melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merencong | berbentuk rencong; meruncing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merencong | berbentuk rencong; meruncing. | Kamus Pelajar |
menirus | menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenjak | 1. menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dll); 2. meningkat naik (jalan dll); ® tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanjak | 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |