keriaan | perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga III | ; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merupakan diri | menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merupakan | 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merupakan | 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merupakan | 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. | Kamus Pelajar |
kepedihan | 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aksesori | /aksésori/ 1 bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat, kenderaan dll (bukan sesuatu yg perlu ada pdnya): Spoiler merupakan salah satu drpd ~ kereta itu. 2 barang, spt beg tangan, rantai, dsb yg melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menimbunkan | 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
set I | (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |