nyaman I | 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (menyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segar I | 1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas: perjalanan darah men-jadi bertambah kencang dan seluruh ang-gota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram): angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3. tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya peng-ucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar = ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll); menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh; penyegaran proses menyegarkan sesuatu; penyegar sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Cuaca ketika itu sungguh ~. Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Udara yg bersih di situ ~ badan. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyaman II | Br; minyak ~ sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis bunga). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Cuaca malam itu sungguh ~. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar |
rimas | 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyaman | mengeluarkan perintah kpd seseorang supaya datang ke mahkamah utk dibicarakan: Kerajaan telah ~ orang-orang yg tidak membayar cukai pendapatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejuk I | 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak nyaman | sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis bunga). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamankan | menjadikan nyaman; menyegarkan: Udara yg bersih di situ ~ badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |