organisma | organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biogenesis | /biogénesis/ ist 1 teori yg menyatakan bahawa suatu organisma hidup terbentuk drpd organisma yg serupa sahaja. 2 sintesis sesuatu bahan oleh organisma hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
genotip | (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg mempunyai komposisi genetik yg sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komensalisme | (koménsalisme) (Bio) hubungan antara dua organisma yg memberikan manfaat kpd satu organisma, tetapi pd masa yg sama tidak pula mendatangkan apa-apa kesan kpd organisma yg satu lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisma | ist benda-benda hidup, iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
organisma | ist benda-benda hidup iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar |
mikro | halus; kecil. ~ organisma ist organisma yg sangat kecil dan dpt dilihat hanya dgn menggunakan mikroskop | Kamus Pelajar |
fenotip | (fénotip) ciri yg kelihatan pd sesuatu organisma, yg terhasil drpd saling tindakan antara gen organisma dgn sekitaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutasi | ist perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biokimia | ist 1 ilmu bkn sebatian kimia dlm organisma, tindak balas dsb yg berlaku dlm organisma (hidup). 2 bkn atau mengenai biokimia 1: proses ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |