padan II | had atau tempat melempar batu (damar, guli, dll) dlm permainan, sempadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sajak II | segak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok: sangat tampan Wan Derus dgn pakaian itu, nampak benar ~ Wan Derus sbg seorang panglima; manis sikap dan ~; bersajak ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~; menyajak menghias (memakai dll) supaya kelihatan sajak: Norman seorang pemuda Melayu yg sajak dan lawa, payah ditandingi dlm ~ badan; penyajak orang yg suka menyajak (supaya kelihatan sajak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanjak II | 1. cocok, padan, sesuai; 2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak: cincin ini diusul periksa sbg isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;bertanjak bergaya, berpadanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rap II | ; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cun II | bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedang II | 2 berpatutan atau berpadanan; cukup; padan: Baju ini ~ utk saya. | Kamus Pelajar |
acu II | ; mengacu 1 mengancam dgn menghalakan senjata dsb: Ia ~ hendak menikam. 2 mencuba memakai sesuatu pakaian utk mengetahui padan tidaknya. mengacukan menghalakan senjata (penumbuk dsb) kpd seseorang utk mengancam atau utk menakut-nakuti: Pengganas itu telah ~ senapangnya kpd saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
acu II; | mengacu 1. mengancam dgn menghalakan senjata dsb: Ia ~ hendak menikam. 2. mencuba memakai sesuatu pakaian utk mengetahui padan tidaknya. mengacukan menghalakan senjata (penumbuk dsb) kpd seseorang utk mengancam atau utk menakut-nakuti: Pengganas itu telah ~ senapangnya kpd saya. | Kamus Pelajar |
garam | 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |