pendeta /pendéta/ | 1 orang yg banyak ilmunya serta dlm pengetahuannya: ~ Za’ba. 2 orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama). | Kamus Pelajar |
menuturkan | 1. mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: adapun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mempertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendeta | (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. ulama agama Hindu (Kristian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelektual | (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi); mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama; keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendeta | /pendéta/ 1 orang yg banyak ilmunya serta dalam pengetahuannya: ~ Za’ba. 2 orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Brahmin | 1. kelas (kasta) pendeta di India, orang yg termasuk dlm kelas pendeta; 2. sl pendeta Hindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Brahman | 1. kelas (kasta) pendeta di India, orang yg termasuk dlm kelas pendeta; 2. sl pendeta Hindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kependetaan | 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutur I | apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: adapun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mempertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembicara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lidah pendeta | kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |