penentu | sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penentu | yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penentu | sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar |
tentu | penentu sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar |
al | Ar kata penentu (mendahului kata nama) yg bererti itu (terdapat pd perkataan spt almarhum, alkisah, alhasil, albahri dan alalam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fret | (frét) (Muz) bilah penentu ruang nada pd alat muzik bertali, spt gitar dan mandolin, utk mengawal nada bunyi yg dihasilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemutus | 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
DNA | kep deoxyribonucleic acid (juzuk utama yg membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yg terkandung di dlm nukleus sel organisma yg berkenaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencapaian | apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentu | 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ketentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal menentukan. penentu sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |