Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
catatan(annotation/remark)1. Penerangan yang ditambah pada atur cara komputer untuk membantu pengguna membaca atur cara. Catatan ini mungkin berupa penerangan tambahan, selain ulasan yang terdapat dalam atur cara. 2. Keterangan atau ulasan yang disertakan dalam bahagian atur cara untuk menjelaskan makna atau tujuan bahagian tersebut. 3. Tindakan menanda semula cakera atau pita magnet.Kamus Komputer
publisiti1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
demonstrasi(démonstrasi) 1. penerangan, pera­ga­an, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan meng­adakan ~; berdemonstrasi menunjuk perasaan (ke­rana memprotes dll); mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melaku­kan sesuatu; pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
propaganda1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerang­kan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan se­cara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
penerangan1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
publisiti1 penerangan atau hal mengenai seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 Keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya.Kamus Pelajar
terang1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengertian1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jelas1 terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata: Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~. 2 selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll): Hutangnya di kedai kain itu sudah ~. menjelaskan 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas: ~ makna adalah penting. penjelasan 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. penjelas 1 orang yg menjelaskan sesuatu. 2 apa-apa yg digunakan utk menjelaskan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelas1. terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata:Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~. 2. selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll):Hutangnya di kedai kain itu sudah ~. menjelaskan 1. menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2. menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas:~ makna adalah penting. penjelasan 1. keterangan yg lebih lanjut:Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2. perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3. penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. penjelas 1. orang yg menjelaskan sesuatu. 2. apa-apa yg digunakan utk menjelaskan sesuatu.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas