pengap | 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (kerana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, melemaskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengap | 1 tidak segar udaranya kerana ruang terlalu sempit dll: Rumahnya itu ~ saja kerana tidak bertingkap. 2 berbau hapak. memengap 1 menutup rapat-rapat sehingga tidak masuk udara. 2 ki mengurung (menyembunyikan) diri: Sesekali pergilah bersiar-siar kerana tidak elok jika ~ di rumah saja. memengapkan menjadikan pengap. terpengap tertutup atau tersembunyi (dlm bilik dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengap | 1 tidak segar udaranya kerana ruang terlalu sempat dll: Rumahnya itu ~ saja kerana tidak bertingkap. 2 berbau hapak. memengap 1 menutup rapat-rapat sehingga tidak masuk udara. 2 ki mengurung (menyembunyikan) diri: Sesekali pergilah bersiar-siar kerana tidak elok jika ~ di rumah saja. memengapkan menjadikan pengap. terpengap tertutup atau tersembunyi (dlm bilik dll). | Kamus Pelajar |
dekam | ; berdekam, mendekam 1. duduk bersedia utk melompat (menerkam), duduk spt kucing (harimau) ketika hendak menangkap mangsanya, bertelut; 2. bp selalu berada di rumah, tinggal lama di satu-satu tempat, berpengap, meringkuk: dlm masa cuti sekolah, dia berdekam di rumah sahaja; 3. bp melekat, kekal (dlm ingatan dll): kemalangan ngeri yg kulihat tempoh hari masih mendekam di kepalaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |