Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pening1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
nanar1 berasa pening sedikit (kerana kena tempeleng, kena tumbuk dll); pening-pening lalat. 2 hilang akal (kerana kesusahan dll); bingung. 3 marah sekali; meradang.Kamus Pelajar
mempening1. sj tumbuhan (pokok), pening­pening, Quercus argentata; 2. = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Quercus curtisii; 3. = ~ bangka sj tumbuhan (pokok), berangan padi, Quercus spicata.Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nanar1 berasa pening sedikit (kerana kena tempeleng, kena tumbuk dll); pe­ning-pening lalat. 2 hilang akal (kerana kesusahan dll); bingung. 3 marah sekali; meradang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pening1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nanar I1. berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dll), pening lalat: budak itu ~ setelah kena tempeleng; 2. menjadi bingung (kerana kesusahan dll), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan; berjalan cara ~ berjalan-jalan kebingungan; 3. sangat marah, meradang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pening1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan.Kamus Pelajar
termandam1. berasa pening ke­pala (kerana mabuk dll), mabuk; 2. terlalu asyik (dlm percintaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas