lengar | rasa pening-pening lalat (kerana terhantuk kepala dll), tergayang; terlengar rasa pening-pening lalat, hampir pengsan: ~ terhantuk kepala ke dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pening-pening lalat | berasa pening-pening sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlengar | rasa pening-pening lalat, hampir pengsan: ~ terhantuk kepala ke dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanar | 1 berasa pening sedikit (kerana kena tempeleng, kena tumbuk dll); pening-pening lalat. 2 hilang akal (kerana kesusahan dll); bingung. 3 marah sekali; meradang. | Kamus Pelajar |
pening lalat | berasa pening sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nanar I | 1. berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dll), pening lalat: budak itu ~ setelah kena tempeleng; 2. menjadi bingung (kerana kesusahan dll), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan; berjalan cara ~ berjalan-jalan kebingungan; 3. sangat marah, meradang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanar | 1 berasa pening sedikit (kerana kena tempeleng, kena tumbuk dll); pening-pening lalat. 2 hilang akal (kerana kesusahan dll); bingung. 3 marah sekali; meradang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pening | 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikat II | sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pening | 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |