penjajaran | perihal (perbuatan dsb) menjajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjajaran aksara(character alignment) | Penyusunan aksara di dalam baris supaya sekata dengan aksara lain. | Kamus Komputer |
penjajaran(alignment) | Proses pembetulan pelaras komponen sesuatu peranti atau sistem supaya peranti atau sistem tersebut melaksanakan pengendalian penghantaran dan penerimaan dengan licin dan betul. | Kamus Komputer |
garis tengah aksara(character centre line) | Baris tengah pada rupa bentuk aksara yang merupakan titik rujukan bagi penjajaran aksara. | Kamus Komputer |
jajar I | banjar, baris, deret; sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan; kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan; penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; berjajar berderet, berbaris, berbanjar; berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), menyetarafkan; jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari; penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |