penyejukan | perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyejukan hawa | perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyejukan | perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyejukan | perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. | Kamus Pelajar |
sepuh lindap | (Kej) proses pemanasan dan penyejukan utk mengaruh pelembutan bahan; menyepuh lindap mengukuhkan (melega-kan) tekanan dalaman pd keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejuk | penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (spt kipas dll): mesin ~. | Kamus Pelajar |
sejuk beku | diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (bkn bahan makanan dsb): kesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dgn ikan segar biasa; sperma ~; menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dsb) sejuk beku: peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah; penyejukbekuan proses (perbuatan, tindakan dsb) menyejukbekukan: buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan; pektin digunakan utk mengawal saiz hablur ais yg terbentuk semasa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyepuh lindap | mengukuhkan (melega-kan) tekanan dalaman pd keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejuk | 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejuk I | 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |