Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,


Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Pucuk leban gading gajah,
     bekerja segan makan gagah.

Bermaksud :

Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ulam-ulamanberbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
merecup1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), ber­kecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan ber­loncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
recup; merecup 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), ber­kecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan ber­loncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulam-ulamanpelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulam I1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa?Kamus Dewan Edisi Keempat
ulambuah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pucuk batangpucuk pd batang pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pucuk anjurpucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pucuk bijipucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang;Kamus Dewan Edisi Keempat
peralihanperihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas