Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gam] | راݢم

Definisi : I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku men­junjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa ber­dasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, laku­nya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masya­ra­kat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, mem­buat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gam] | راݢم

Definisi : Jw bersatu hati, rukun; meragamkan mengeratkan persaudaraan (per­sahabatan dll), merukunkan; keragaman kedamaian, kerukunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gam] | راݢم

Definisi : 1 cara; tingkah laku; olah: Banyak orang, banyak ~nya. 2 jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. 3 lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. 4 warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam 1 bernyanyi; berlagu. 2 membubuh warna pd; mewarnai. 3 berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. menyeragamkan menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. keseragaman keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,

Puisi
 

Tak sabit ibu gendang kubimbit,
     Mari dipalu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Mana nak boleh turut bersama.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat tua menahan ragam.

Bermaksud :

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aneka ragam(anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan); beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam); keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
beranekabanyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
masa pemulihan(recovery time)Jeda masa yang diperlukan untuk menukarkan ingatan daripada ragam tulis kepada ragam baca dan untuk mengeluarkan isyarat data sah.Kamus Komputer
aneka/anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aneka/anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna.Kamus Pelajar
warna-warni1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir;Kamus Dewan Edisi Keempat
ragam IIJw bersatu hati, rukun; meragamkan mengeratkan persaudaraan (per­sahabatan dll), merukunkan; keragaman kedamaian, kerukunan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ragam bahasavariasi bahasa ber­dasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
beraneka ragamberbagai-bagai (jenis ragam);Kamus Dewan Edisi Keempat
lela I(léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerak­geri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas