Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramping (adjektif)
Bersinonim dengan langsing, lampai, saring, kurus, renjong, genting, jinjang, cengkek, lonjong, rampis;,
Kata Terbitan : merampingkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramping I1. kecil menggenting (bkn ping­gang): pinggangnya ~; 2. kecil panjang (tidak gemuk), langsing; merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan sbg sejenis minuman ~ badan; kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebek(rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-ramping (pakai­­­an dll); 2. buruk, usang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebeh(rébéh) II, rebek (rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-ramping (pakai­­­an dll); 2. buruk, usang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepantasan1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
ampai1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah; mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~ tembakau; mengampaikan 1. menggantungkan (me­n­yang­kutkan) pd ampaian utk menjemur (pa­kaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~ pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3. menyandarkan: ~ dirinya pd tem­bok; terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair.Kamus Dewan Edisi Keempat
lampai Itinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng: badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit; melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan, menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi tetapi telah memboyot.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantas I1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas