Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ranap (adjektif)
Bersinonim dengan roboh, tumbang, runtuh, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : meranapkan, keranapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ranapI 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pen­carian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
meledos1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll), rosak binasa, ranap.Kamus Dewan Edisi Keempat
ledos(lédos) Jk; meledos 1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll), rosak binasa, ranap.Kamus Dewan Edisi Keempat
darab1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira).Kamus Dewan Edisi Keempat
ijuksj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas