rampak II | Mn jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar dll); rebah ~ rebah; serampak serentak, bersama-sama, serempak: “Betul,” kata mereka ~; merampak melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dll), menyerang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah-rebah | , rebah-rebahan berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya; merebahkan 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2. membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. menyembelih (binatang besar): tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pemerintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah; rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pontang-panting | 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa; berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan; 2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan; terpontang-panting berlari tunggang-langgang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpontang-panting | berlari rebah bangun; rebah berguling-guling. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpontang-panting | berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pontang | ; pontang-panting bertaburan di sana sini, berselerak; kucar-kacir. berpontang-panting berlari rebah bangun; rebah berguling-guling. terpontang-panting berlari cepat-cepat dgn tidak mempedulikan apa-apa; berlari tunggang-langgang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebah -rempah | rebah ter-guling-guling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah rampak | rebah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah bek | Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rempah | (rémpah); rebah-~ jatuh berguling-guling, rebah terguling-guling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |