alam arwah | tempat roh-roh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kudus | Ar tidak bercela, suci, bersih, murni: dia yg berhati ~; roh al-~ = ruhulkudus roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam); menguduskan menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): moga-moga Allah ~ roh-roh mereka; kekudusan kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguduskan | menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): moga-moga Allah ~ roh-roh mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arwah | Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roh al-kudus | roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rohani | 1 roh. 2 berkaitan dgn roh. kerohanian sifat-sifat rohani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rohani | Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani? kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spiritisme | 1. pemujaan roh (orang yg telah meninggal); 2. kepercayaan bahawa roh dapat berhubungan dgn manusia; 3. ajaran dan cara-cara memanggil roh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roh | 1 makhluk hidup (spt malaikat, jin) yg berperasaan dan berfikiran tetapi tidak berjasad. 2 bahagian batin manusia yg mempunyai perasaan, fikiran dll; jiwa: ~nya melayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roh al-Kudus | gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; | Kamus Dewan Edisi Keempat |