fasid | Ar 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu hasil drpd nikah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosak | 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingatannya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg mengakibatkan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang peliharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; Socrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu keamanan, pengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosak | 1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bejat | 1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerosakan | 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binasa | 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosak | 1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membetulkannya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~. | Kamus Pelajar |
tumpur | 1. habis atau rosak sama sekali, binasa, jahanam; 2. bp kehabisan wang, jatuh miskin, bankrap; menumpur, menumpurkan menjadikan binasa (rosak, jahanam) sama sekali, membinasakan, menghabiskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runtuh | 1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan yg lama dll): Banyak bangunan yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2v menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. | Kamus Pelajar |
runtuh | 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat menumpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: sekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |