rupawan | cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rupawan | elok rupanya, cantik: gadis ~; kerupawanan kecantikan: ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupawan | cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yang ~. | Kamus Pelajar |
kesuma | 1. sl bunga; 2. perempuan cantik yg elok (molek, rupawan); 3. bangsawan; ~ bangsa ki pemuda dan pemudi (dlm sesuatu bangsa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidadari | 1 dewi di syurga atau di kayangan. 2 perempuan yg cantik rupawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bidadari | 1. dewi di syurga atau di kayangan; 2. ki perempuan yg cantik rupawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidadari | 1. dewi di syurga atau di kayangan. 2. perempuan yg cantik rupawan. | Kamus Pelajar |
cakap II | 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekap | 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sempurna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepantasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaya | 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |