rusuk | 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekan | ; bertekan bertumpu dgn kedua-dua belah tangan atau siku; bertelekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk ditanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg dihasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gading-gading | 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gading II | ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gading II | gading-gading 1. kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2. bingkai roda. | Kamus Pelajar |
rusuk | 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung:<i> Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta.i> 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk:<i> Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan.i> 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur:<i. berjalan ~.i> 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring:<i> Beliau berbaring ~ di atas katil.i> | Kamus Pelajar |
rusuk I | 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berjalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gading-gading I | 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samping I | sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku dikesampingkannya sahaja; 2. mengetepikan (menganggap kurang penting), menyingkirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, berhampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merusuk | 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |