Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semengga-menggahanya itu sahaja, itulah sahaja; tidak ~ tiada kurang satu apa pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
rucahJw 1. apa-apa sahaja, sebarang sahaja (bukan pilihan), sembarangan; 2. hina, keji, kotor; ® lucah.Kamus Dewan Edisi Keempat
semengga, semengga-mengga hanya itu sahaja, itulah sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggaJk; semengga, semengga-mengga hanya itu sahaja, itulah sahaja; tidak ~ tiada kurang satu apa pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembarangapa (asal, siapa, dll) sahaja, se-barang, asal sahaja: Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang; sembarangan dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; menyembarangi melakukan dgn sem­barang-an (tidak dgn usul periksa, ikut suka, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
keruan sahajabp tentu sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
pakai1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
keruanketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (di­pastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pang­kalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
pukul gebangbp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
seperlunyasekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas