Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah.siah]/[syakh.siah] | شخصية

Definisi : Ar keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sahsiah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan, keoknuman.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sahsiahAr keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekitarankeadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggunung1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
jati dirisifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan se­mangat patriotik yg utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi mem­bentuk sahsiah dan ~ belia masa ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar I; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gunungbukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas