daya saing | kemampuan utk bersaing; berdaya saing mempunyai daya saing: syarikat-syarikat yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdaya saing | mempunyai daya saing: syarikat-syarikat yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing I | 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama (berjalan, ber-gerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg ditinggalkan dahulu; bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; bersaingan bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya saing | kemampuan utk bersaing: Mereka mempunyai ~ yg tinggi dlm mengejar kemajuan. berdaya saing mempunyai kemampuan utk bersaing: Kebanyakan syarikat tsb ~ dan berkemampuan utk maju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersaing | 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing II | pasangan yg sepadan; jodoh atau regu yg berpatutan: Gadis itu tidak akan menerima pinangan orang yg bukan ~nya. bersaing berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. menyaingi melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. saingan lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. bersaingan ada saingannya; dlm keadaan bersaing. persaingan perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saing I | orang yg menjadi kawan; teman: Wahi memang ~ saya yg baik. bersaing 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. menyaingi mengikut serta; mengiringi: Ketika sampai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saing-menyaing | gigit-menggigit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing III | Mn taring; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing II | banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |