rap II | ; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama padan | seimbang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang setumbuk bagai gelang | ki orang yg sama padan (suami isteri dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama rap | sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuk I | 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, membenturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus dibuat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, berlawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret Service’ penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang I | sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gonggok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enggang I | sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masingmasing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padan | 1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 2 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cincin I | 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padan | 1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 3 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita. | Kamus Pelajar |