Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sangsi (adjektif)
Bersinonim dengan ragu-ragu, syak, curiga, was was, bimbang, khuatir, kurang yakin, bingung, harap cemas, terbata-bata, walang hati, gelisah, selempang;,
Kata Terbitan : menyangsikan, kesangsian, penyangsi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sangsiberasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~, adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita. menyangsikan 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; me­ragu­kan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. penyangsian perbuatan, hal dsb sangsi atau me­nyangsikan. penyangsi (orang yg) selalu atau mudah sangsi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangsi1 berasa sangsi terhadap; meragui: <i>Dia masih ~ kejujuran saya i>.Kamus Pelajar
sangsi I= bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sangsi2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; meragukan: <i>Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya i>.Kamus Pelajar
sangsikesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan.Kamus Pelajar
menyangsikan1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; me­ragu­kan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
curiga II1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
syakrasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis.Kamus Dewan Edisi Keempat
ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, mem­bingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang ter­hadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, me­ngesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangka­an yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sangsi IIIB 1. pengakuan sudah sah (diluluskan dll), perbuatan meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dll); 2. tindakan (kuasa dll) utk memaksa orang menepati perjanjian dll; 3. tindakan dlm hal ekonomi dll sbg hukuman terhadap sesuatu negara (spt pemulauan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas