sarung keris | sarung tempat menyimpan keris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung jari | sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung bidal | = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepala kain (sarung) | bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kartrij | 1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jidal | 1. sarung (hujung) jari drpd logam dll yg dipakai sewaktu menjahit, didal; 2. (Fiz) sj sarung drpd perak yg terdapat pd bahagian bawah sj jangka lembap; ~ akar (Tani) sj tudung spt sarung jari yg terdapat pd hujung akar (utk memelihara akar supaya tidak rosak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampul | sarung (surat, bantal, dll), pem-bungkus, penyalut; ~ bantal kain pembungkus bantal; ~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dll); ~ duit sarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb; ~ surat sarung drpd kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, utk mengisi surat dsb yg hendak diposkan dsb; ~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memper-ingati sesuatu peristiwa; bersampul berbungkus, bersalut, bersarung; anak ~ anak yg dilahirkan berbungkus dgn kulit tipis (dianggap kebal); menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung I | 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu dibawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung surat | selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung II | Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |