dayu | ; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = mendayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. 2 perasaan sedih dan pilu; hiba: Bernyanyi dgn ~. 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~. menyayukan menyebabkan menjadi sayu; menyedihkan; menghibakan: Apa yg ~ hatimu? kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rayu I | 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. | Kamus Pelajar |
keluh-kesah | 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), gelisah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melankolis | 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melankolik | , melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuyu | 1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula; 3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut; kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkecamuk | 1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |