sebak /sébak/; bersebak | 1 membuat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). | Kamus Pelajar |
sebak /sébak/; bersebak | 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. | Kamus Pelajar |
sebak | /sébak/; bersebak 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah. menyebak 1 membuat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). 2 membuka (halaman buku dll); menyingkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebak | 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebak | (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. | Kamus Pelajar |
ampuh II | Mn 1. bah, banjir, lembak, sebak; air ~ air bah; 2. hanyut: padinya ~ oleh banjir; mengampuhkan menggenangi, melembak; ~ sawah mengairi sawah; keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melimpah | 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebu | 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, memadat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |