Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak risau, lega, tenang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sejuk hatitidak risau, lega, tenang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejuk1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sejuk I1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar I1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dll): semua mantera dan jampi-nya ~ belaka; 4. ki hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbual-bual lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati; 6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita, pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat; ~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin); tawar-tawar setawar, sitawar; menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; ketawaran perihal tawar; penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan); penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; ~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~ jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk menahan darah keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seram I1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, me­nakut­­-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sejuk2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. Kamus Pelajar
ademJk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati); mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).Kamus Dewan Edisi Keempat
sejuk2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang.Kamus Pelajar
menyejukkan1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas