berlari(-lari) anjing | a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlari | bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketika | 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar |
singkat | 1 tidak labuh ke bawah (bkn seluar dll); senteng: Seluarnya ~. 2 tidak lama tempohnya (bkn umur dll); sekejap: Kunjungannya ke sini ~ saja. 3 tidak panjang (bkn ucapan, cerita dsb); ringkas dan pendek. 4 tidak panjang fikiran atau akal; cetek fikiran: Hanya orang yg ~ akalnya saja yg sanggup melakukan perkara itu. menyingkatkan membuat jadi singkat; memendekkan; meringkaskan: Kerana waktu tidak mengizinkan, saya terpaksa ~ ucapan saya. singkatan sesuatu yg disingkatkan atau yg dipendekkan; kependekan. penyingkatan perbuatan atau hal menyingkatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketika | 1. waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2. pd waktu (masa); semasa; tatkala:Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. | Kamus Pelajar |
tunjuk | ; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran. ~ muka hadir di sesuatu majlis sekejap saja. ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. bertunjuk-tunjukan 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. menunjuk 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan sesuatu) sbg alasan; mengingatkan (sesuatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. menunjuk-nunjuk suka memperlihatkan kelebihan diri sendiri. menunjuki memberitahu seseorang cara melakukan sesuatu; menasihati: Ali ~ adiknya cara membuat hitungan itu. menunjukkan 1 memperlihatkan sesuatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emaknya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak membaca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. mempertunjukkan 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. pertunjukan 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. penunjukan perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan. petunjuk 1 tanda atau isyarat yg memberitahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. penunjuk 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umur | 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lari | 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke manamana supaya tidak dapat dikesan): kedua-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melakukan sesuatu: ini ialah pembicaraan formalistik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa lajulaju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: matanya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melarikan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |