selera /seléra/ | 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. | Kamus Pelajar |
selera /seléra/ | 1 kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. | Kamus Pelajar |
selera | /seléra/ 1 kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selera I | (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuka selera | sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selera II | (seléra) sl badan, tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patah selera | hilang selera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patah nafsu (selera) | hilang nafsu (selera) makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuka | 1. orang yg membuka: ~ jalan. 2. alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar |
pembuka selera | makanan yg boleh mendatangkan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |