Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cerdas1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerdas1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan).Kamus Dewan Edisi Keempat
cerdas1. sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2. sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar:Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran.Kamus Pelajar
sempurna1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sempurna1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebesaran1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepalang1 = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan ~ amat sangat; bukan main; melampau. 2 = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyempurnakan1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y;Kamus Dewan Edisi Keempat
ideal(idéal) 1. (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dgn yg dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dsb), unggul: tempat yg ~ utk berkelah; pasangan yg ~; 2. wujud dlm fikiran sahaja, impian; mengidealkan menganggap (memandang) sesuatu sbg yg ideal: dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yg ~ sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepalang1. = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan amat sangat; bukan main; melampau. 2. = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas