semu | 1. bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu; menyemu, menyemui mengakali, menipu; menyemukan memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat); tersemu terpedaya: terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita; penyemu orang yg menyemu, penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semu | 1 hanya rupanya saja sbg benar- | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semu | 1 hanya rupanya saja sbg benar-benar; bukan yg sebenarnya: kemerdekaan ~. | Kamus Pelajar |
suruhan semu(dummy instruction) | 1. Butiran data dalam bentuk suruhan yang sengaja disisipkan di dalam rentetan suruhan untuk mencukupkan bilangan suruhan yang dihantar. Suruhan ini tidak akan dilaksanakan dan akan diabaikan oleh penerima. 2. Suruhan yang sengaja dimuatkan dalam atur cara untuk melengkapkan pusingan gelung atur cara. | Kamus Komputer |
modul semu(dummy module) | 1. Modul atur cara yang mempunyai pintu masuk dan pintu keluar, tetapi tidak melakukan sebarang pemprosesan berfaedah. Modul ini digunakan dalam pengaturcaraan bermodul sebagai ganti modul yang akan disiapkan kemudian. 2. Perkakasan yang tidak memainkan sebarang peranan dalam pemprosesan yang sedang dilakukan tetapi diletakkan bersama dengan perkakasan lain untuk mendapatkan nilai senia atau sebagai sebahagian sebagai reka bentuk kosmetik. | Kamus Komputer |
suruhan tanpa pengendalian(no operation instruction) | 1. Suruhan mesin yang sengaja digunakan untuk memberitahu pemproses untuk tidak membuat sebarang kerja berguna dan terus mengerjakan suruhan mengikut suruhan ini. Suruhan ini digunakan sebagai pemadat atur cara untuk menempah tempat bagi suruhan tambahan kemudiannya. 2. Sejenis suruhan semu yang digunakan untuk memisahkan rutin atau modul dalam atur cara. | Kamus Komputer |
pakatan | 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hakim I | 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku perselisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mahkamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompakan besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) menghakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi masalah kefahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung I | 1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tipu | perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |