menjernihkan fikiran | ; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjernihkan | menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjernihkan suasana | menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerikan | 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hingar | sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar pengumuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingarkan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehingaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjernihkan | menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. | Kamus Pelajar |
bening | 1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecoh II | /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suasana | 1 campuran gas yg meliputi bumi; hawa; udara. 2 keadaan yg wujud di sekitar sesuatu atau dlm lingkungan sesuatu; keadaan yg ada dlm sesuatu peristiwa: ~ yg sunyi senyap itu dipecahkan oleh suara takbir Nikman yg kuat dan nyaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suasana | 2 keadaan yg wujud di sekitar sesuatu atau dlm lingkungan sesuatu; keadaan yg ada dlm sesuatu peristiwa: ~ yg sunyi senyap itu dipecahkan oleh suara takbir Nikman yg kuat dan nyaring. | Kamus Pelajar |